Monday, February 3, 2014

PAKEJ MELANCONG SAMBIL BERIBADAH


ASSLALAMUALAIKUM.

Untuk lebih meriah dan lebih afdhal ibadah korban / akikah tuan / puan syarikat saya Cambodia Muslim Holiday Travel telah menyediakan pakej melancong sambil berkorban di negera kemboja bersama saya Ustaz Yahya Cambodia, tarikh saya tetapkan seperti dibawah: dan tuan / puan dinasihat booking tiket awal awal untuk dapatkan harga murah.

  •  Group Pertama  : Tarikh Bertolak 3 Okt 2014 Balik 6 Okt 2014.
  •  Group Kedua     : Tarikh Bertolak 4 Okt 2014 Balik 7 Okt 2014.
  •  Group Ketiga     : Tarikh Bertolak 6 Okt 2014 Balik 9 Okt 2014.

Alhamdulillah tahun lepas saya telah dapat mengumpulkan sebanyak 70 orang  rakyat malaysia dan 15 orang Brunei dan 5 orang dari Singapore datang melancong sambil berkorban di kemboja, dan tahun ini 2014 saya harap akan mengumpulkan sebanyak 200 orang.  Dan Alhamdulillah Tahun lepas saya telah mengumpulkan sebanyak 140 ekor lembu dan 30 ekor kambing untuk disembelih di perkampungan yang sangat memerlukan. SEBAHGIAN GAMBAR KORBAN 2013

HARGA PAKEJ:

PAKEJ MELANCONG SAMBIL BERKORBAN 4H/3M RM800 SAJA

PAKEJ TERMASUK:
  • Makan 3 Kali Sehari Selama Berada Disini.
  • Hotel Bertaraf 3 Bintang. { 3 Malam }
  • Transport Berhawa Dingin.
  • Bayaran Tempat Melawat Yang Dikenakan Bayaran.
  • Korban Lembu Sebahgian Harga { Rm270 }
  • Upah Touris Guide Bahasa Melayu / English.
  • Air Meniral Dua Botol Sehari.
KECUALI TIKET DAN  PERBELANJAAN SECARA PERIBADI SAJA.


Untuk Info Lebih Lanjut: Sila ke Facebook Page Saya: Klik Ustaz Yahya Cambodia boleh PM saya disana Dan saya akan balas secepat mungkin.

CALL / SMS: +855 17 889 234 / +855 96 3508 058

Monday, September 10, 2012

Kenapa Perlu Berkorban Dikemboja?

KENAPA PERLU KORBAN DI KEMBOJA?
Rayuan sumbangan korban dan akikah untuk fakir miskin di negara kemboja, kemiskinan umat islam di kemboja seperti yang kita sedia maklum, maka dengan itu pada tiap-tiap tahun raya korban saya akan berusaha untuk mendapatkan sedikit sumbangan korban untuk mereka. KEMISKINAN MEREKA BACA DISINI

Atas kehendak allah maka pada tahun ini umat islam kemboja berhari raya korban dalam keadaan tengah-tengah banjir, apabila musim banjir datang maka akaun pendapatan harian mereka kena tutup selama 3 bulan, sebab banjir itu biasanya mengambil masa 3 bulan, dalam masa 3 bulan ini mereka hanya makan apa-apa yang ada di rumah, kalau ada ikan kering maka ikan keringlah makanan mereka selama 3 bulan itu.
GAMBAR KORBAN TAHUN LEPAS ---- KLIK DISINI
Oleh itu, pada tahun ini saya berdoa dan berharap moga-moga allah bantu saya untuk mendapatkan banyak ekor korban untuk membantu mereka, sebab saya sendiri orang kemboja, maka saya tahu kesusahan apabila berada dalam kebanjiran selama 2 bulan, kadang-kadang kitaorang masak nasi campur jagung pun ada,
 
dengan demikian saya sangat berharap sekiranya ada orang yang sanggup membantu berusaha untuk mendapatkan korban, dengan mem war-warkan pada senak saudara adik beradik dan kawan-kawan moga-moga mereka dilapangkan hati  berminat  untuk ber korban disana, Moga-moga dengan itu kita akan mendapat pahala yang banyak disisi allah SWT.
 JOM  MEMBANTU MEREKA:
BORANG KORBAN KLIK DISINI

“Umatku masuk Syurga bukanlah kerana banyak solat dan puasa tetapi disebabkan selamatnya hati dan kemurahan jiwa dan kasih sayang kepada sesama muslim. ” ( Hadis )
“ Perumpamaan kasih sayang orang beriman sesama mereka adalah seperti satu TUBUH, maka apabila salah satu anggota sakit maka akan terasalah kesakitan itu seluruh tubuhnya. ” ( Hadis ) 

“Siapa yang menunaikan hajat ( keperluan )saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya..” ( Hadis )

“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.” Ibnu Abbas
KORBAN KEMBOJA:  KENAPA  PILIH KAMI?     SILA BACA DISINI
KEMISKINAN UMAT ISLAM KEMBOJA               SILA BACA DISINI
INGIN MELANCONG SAMBIL BERKORBAN ?    SEDIAKAN KLIK DISINI
JOM SERTAI  MEMBANTU MEREKA:                  BORANG KORBAN DISINI

Pengalaman di Kemboja menginsafkan

KETIKA berjalan-jalan di pasar sehari di Kampung Jumnik (Kampong Cham, Kemboja) sehari selepas kumpulan ekspedisi Jejak Warisan Jawi II (JWJ2) tiba di kampung itu, saya telah disapa oleh seorang penduduk tempatan berusia sekitar 70-an.

Dengan riak muka yang begitu ceria dan amat mesra dia kemudian bersungguh-sungguh mengajak saya datang ke rumahnya untuk bersarapan dengan ahli keluarga yang lain.

Walaupun agak terkejut dengan pelawaan itu namun saya mengambil keputusan menerima pelawaan Omar Dollah, 72 berasaskan semangat saudara sesama Islam kerana itu jugalah yang dituntut oleh syariat.

Omar cuba berbual dengan saya tetapi malangnya bahasa Melayu yang digunakan agak sukar difahami kerana dialek bahasa Melayu Champanya begitu pekat.

Dia bertanyakan pelbagai soalan dan saya berusaha menjawab sedaya upaya walaupun diakui sebahagian besar perkara yang disoal amat sukar difahami.

Dalam perjalanan ke rumahnya Omar sempat membeli kuih cekoi namun saya hairan apabila melihat kepingan wang kertas rial (mata wang Kemboja) yang diberikan kepada penjual kuih tersebut agak banyak.

Setiba di rumahnya saya diperkenalkan dengan anak perempuannya, Khadijah, 26, isterinya, Hamidah Yusof, 65.

Komunikasi saya dan keluarga Omar menjadi lebih mudah apabila Khadijah fasih berbahasa Melayu kerana dia sebelum ini pernah tinggal di Kampung Payung, Kuala Terengganu bersama suaminya Ramli Salleh, 32 untuk bekerja.

Omar dan anaknya mempelawa bersarapan pagi dengan memberi saya hidangan tradisional masyarakat Melayu Champa iaitu pecok atau dikenali dengan laksa Kemboja.

Semasa saya bersarapan Khadijah menceritakan keadaan hidup kebanyakan orang Melayu Champa di Kemboja khususnya di kampungnya iaitu Kampung Jumnik.

Khadijah yang kini sedang sarat mengandung memberitahu keadaan hidup orang Melayu di sini jauh berbeza berbanding orang Melayu di Malaysia.

Menurut Khadijah, hampir sebahagian besar orang Melayu Kemboja hidup dalam keadaan miskin dengan purata pendapatan sehari antara RM5-RM10. Mereka bekerja sebagai nelayan petani atau peniaga kecil.

Keadaan yang menghimpit itu telah mendorong sebahagian di kalangan anak-anak muda Melayu Kemboja berhijrah ke Malaysia dan beberapa negara lain.

Khadijah memberitahu saya bagaimana sukarnya mereka melalui kehidupan seharian di Kemboja memandangkan pekerjaan di sini amat terhad.

sebahagian besar orang Melayu Kemboja hidup dalam keadaan
miskin dengan purata pendapatan harian antara RM5-RM10, Mereka bekerja sebagai nelayan petani atau peniaga kecil.

Keadaan yang menghimpit itu telah mendorong sebahagian di kalangan anak-anak muda Melayu Kemboja berhijrah ke Malaysia dan beberapa negara lain.

Keadaan semakin menghimpit apabila barangan keperluan asas seperti minyak petrol, minyak masak, gula, susu pekat dan ikan amat mahal jika dibandingkan dengan pendapatan yang mereka perolehi.

Bayangkan harga minyak petrol di Kemboja pada hari ini adalah 5,300 rial (RM5) seliter, minyak masak 8,000 rial (RM8) sekilogram, susu pekat kecil 3,000 rial (RM3) setin ayam kampung 18,000 (RM16)sekilogram, ayam daging 13,000 (10) sekilogram, dan ikan 10,000 rial (RM10) sekilogram.

‘‘Di Malaysia semuanya murah. Minyak masak di sana cuma RM2.20 sekilogram. Minyak petrol seliter tidak sampai RM2. Susu pekat manis hanay RM2.20 dan itu pun tinnya lebih tinggi. Di Kemboja lain, semua barang mahal,” kata Khadijah.

Namun begitu, apa pilihan mereka dan mahu tidak mahu orang Melayu Kemboja perlu teruskan hidup walaupun dibebani dengan faktor kemiskinan.

Saya juga diberitahu oleh Khadijah ‘milo’ di Kemboja adalah teh tiga dalam satu dan bukannya air coklat seperti di Malaysia.

Mujur jugalah katanya, suaminya, Ramli dan abangnya, Ahmad, 32, masih bekerja di Terengganu bagi meningkatkan taraf hidup mereka.

‘‘Suami dan abang saya ada mengirimkan wang untuk kami. Tambahan pula emak dan ayah turut menjaga du orang anak abang, Rosdi Ahmad, 10 dan Amirah, 8. Mereka berdua sedang bersekolah dan amat memerlukan perbelanjaan.

‘‘Saya pula hendak bersalin dan dijangka pada bulan ini.Saya juga amat memerlukan perbelanjaan tambahan,” ujarnya.

Ada satu perbuatan Hamidah, ibu kepada Khadijah yang menggelikan hati saya apabila dia menunjukkan segumpal wang rial jika hendak membeli gula sekilogram dan telatahnya itu menjawab persoalan apabila melihat harga kuih cekoi dibeli oleh suaminya, Omar.

‘‘Sepuluh rial sama dengan sepuluh sen duit Malaysia dan ia dicetak dengan wang kertas. Jika harga sekilogram 4,000 rial berapa keping wang kertas 10 rial terpaksa digunakan melainkan terdapat nilai lebih besar,” kata Khadijah.

Bagaimanapun di sebalik kemiskinan yang membelenggu orang Melayu di Kemboja mereka mempunyai budi bahasa dan akhlak yang amat tinggi antaranya mereka amat memuliakan tetamu.

Mereka bersungguh-sungguh meminta saya menjamah setiap makanan yang dihidangkan.

Apa yang lebih penting, pengalaman bertemu Omar sekeluarga tidak sampai dua jam itu amat menginsafkan apatah lagi pemerhatian saya secara keseluruhan terhadap kehidupan orang Melayu di Kemboja selama tiga hari JWJ2 mengembara di negara itu.

Kepada rakyat Malaysia, mungkin catatan pengalaman ini tidak berbekas namun ingatlah tidak rugi menjadi seorang yang bersyukur terhadap segala kurniaan Allah.

Insaflah, bumi Malaysia yang kita duduki selama ini begitu aman dan makmur berbanding negara-negara lain. Oleh itu, pertahankanlah kemakmuran dan keamanan ini dengan segala kudrat serta tenaga yang ada.   Oleh Saifulizam Mohamad